BERITA TERKINI   Laporan semakan insiden letupan saluran gas di Putra Heights diserah kepada Kerajaan Persekutuan bulan lepas - MB Selangor | PM jamin kontraktor kecil berprestasi baik akan diberi lebih banyak kontrak untuk berkembang | Peruntukan perolehan kerja untuk Kementerian Pendidikan dinaikkan daripada RM400 juta kepada RM900 juta - PM Anwar | Guru jadi pempengaruh media sosial perlu jaga adab, hujah berlandaskan fakta - PM Anwar | BN umum tanding di semua 56 kerusi DUN pada pilihan raya negeri Johor akan datang - Onn Hafiz | 

Maxis Terima Tawaran Jalur Spektrum 2,100MHz MCMC Selama 12 Tahun

KUALA LUMPUR,6 Okt (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) telah mengumumkan penugasan jalur spektrum 2,100 megahertznya (MHz), berikutan tawaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tempoh selama 12 tahun. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, Maxis berkata tawaran itu melibatkan spektrum 2x10MHz, dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM100 juta dan bayaran tahunan terkumpul sebanyak RM300 juta sepanjang tempoh penugasan tersebut.

Pada penutup, saham Maxis susut satu sen kepada RM3.70 dengan 1,68 juta saham diniagakan.

-- BERNAMA