BERITA TERKINI   Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Feb - KPM  | Bangunan warisan mesti terus hidup sebagai ruang mendidik, menyatukan dan beri inspirasi untuk generasi masa hadapan - PM Anwar | 3,164 sekolah diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid setakat November tahun lepas - Timbalan Menteri Pendidikan | Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad pastikan sejarah terus hidup, difahami dan jadi pedoman hadapi cabaran masa depan - PM Anwar | Agong berkenan sempurnakan Pemuliharaan Bangunan Sultan Abdul Samad Fasa 1 | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi pada Selasa.

Pada penutup dagangan, kontrak September 2025 susut setengah mata kepada 1,610.00, manakala Oktober 2025 dan Mac 2026 naik 2.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,613.00 dan 1,586.50. Disember 2025 menambah 2.0 mata kepada 1,606.00.

Jumlah dagangan susut kepada 10,175 lot daripada 16,450 pada Isnin, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 59,230 kontrak daripada 50,561.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.93 mata, atau 0.06 peratus, kepada 1,611.88, daripada 1,610.95 pada Isnin.

-- BERNAMA