BERITA TERKINI   Sebanyak 25,708 Program Jualan RAHMAH MADANI dengan lebih 27 juta transaksi pembelian direkodkan pada 2025 - PM Anwar | Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia Tahun 2025 akan diumumkan pada 31 Mac 2026 (Selasa) -- KPM | Kerajaan semaksimum mungkin ikhtiar harga subsidi RON95 kekal paras RM1.99 seliter supaya tidak bebankan rakyat - PM Anwar | Sebanyak 25,708 Program Jualan RAHMAH MADANI direkodkan dengan transaksi lebih RM27 juta pada 2025 - PM Anwar | Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Dua 2026 diawalkan kepada 10 Mac, libat peruntukan RM1.3 bilion - PM Anwar | 

Aktiviti Perniagaan Labuan IBFC Rangsang Ekonomi Negara, Tempatan - Amir Hamzah

LABUAN, 29 Sept (Bernama) -- Operasi perniagaan syarikat asing dan Malaysia di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) merangsang aktiviti ekonomi, pelaburan dan hasil yang memberi manfaat kepada pendapatan negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata pertambahan berterusan syarikat yang beroperasi di Labuan IBFC telah menjana kesan limpahan ekonomi melalui perbelanjaan tempatan dan penciptaan peluang pekerjaan kepada penduduk Labuan, Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Kehadiran institusi perbankan terkemuka di pulau ini mencerminkan daya saing dan hubung kait perkhidmatan serta produk Labuan IBFC yang selaras dengan aspirasi Malaysia untuk memperkukuh peranannya sebagai hab kewangan serantau,” kata Amir Hamzah pada sidang media selepas merasmikan sambutan ulang tahun ke-35 Labuan IBFC hari ini.

Beliau juga berkata perkembangan positif ekosistem kewangan dan perniagaan Labuan yang disokong oleh penambahbaikan berterusan dalam infrastruktur tempatan membolehkan Labuan IBFC menarik minat antarabangsa yang lebih besar dan meningkatkan daya saing jangka panjangnya.

-- BERNAMA