BERITA TERKINI   PRN Sabah: Keputusan calon PH tarik diri di DUN Silam dibuat untuk tingkat peluang menang rakan sekutu - Saifuddin Nasution | Keuntungan bersih Public Bank bagi suku ketiga 2025 susut kepada RM1.84 bilion daripada RM1.91 bilion tahun lepas | Geohan akan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada 5 Disember, sasar kumpul RM72.6 juta daripada IPO | PIDM lantik Datuk Abu Huraira Abu Yazid sebagai pengerusi berkuat kuasa 15 November, 2025 | Jawatankuasa khas bincang tuntutan 40 peratus hasil Sabah dipengerusikan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan - TPM Fadillah | 

BNM Kenakan Penalti Monetari Pentadbiran Terhadap Syarikat S M Ziaudeen, Alipay Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran sebanyak RM193,500 kepada Syarikat S M Ziaudeen Sdn Bhd (SSMZ) dan RM340,000 ke atas Alipay Malaysia Sdn Bhd (Alipay) kerana ketidakpatuhan terhadap kawal selia. 

BNM dalam satu kenyataan berkata SSMZ tidak patuh terhadap keperluan usaha wajar pelanggan (CDD) dan usaha wajar berterusan (ODD) di bawah Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 (MSBA).

Penalti itu yang dikenakan pada 28 Ogos, 2024, berkaitan dengan ketidakpatuhan terhadap seksyen 74 dan 75(1)(b) MSBA, dibaca bersama Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.

SSMZ telah membayar penalti itu pada 28 Ogos 2025.

Selain itu, BNM juga mengenakan penalti sebanyak RM340,000 ke atas Alipay pada 19 Jun, 2025, kerana tidak mematuhi seksyen 48(1)(a) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA), juga dibaca bersama Dokumen Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.

Alipay telah membayar penalti itu pada 3 Julai 2025.

BNM berkata tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah selaras dengan pendekatan dan proses yang digariskan dalam Pendekatan Penguatkuasaan.  

-- BERNAMA