BERITA TERKINI   Gas Malaysia akan bangunkan terminal LNG Yan selepas kelulusan Suruhanjaya Tenaga | Ringgit meningkat kepada 3.9145/9205 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini, daripada 3.9155/9200 pada Selasa | Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat di Pulau Pinang adalah persinggahan sementara bagi urusan logistik- Khaled Nordin | Paramount Corporation beli tanah komersial pegangan bebas di Kuala Lumpur daripada IOI Properties dengan harga RM257.88 juta | Unit Solarvest raih kontrak EPCC untuk bangunkan projek LSS5+ di Padang Siding, Perlis bernilai RM89.5 juta | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh kemerosotan harga minyak berikutan prestasi pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas oleh bekalan yang meningkat selepas pelancaran program perintis perdagangan sifar tarif antara China dan Thailand.

“Bagaimanapun, penurunan dikekang oleh jangkaan yang meningkat terhadap penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) dan langkah-langkah rangsangan tambahan daripada kerajaan China,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata harga minyak turun sedikit hari ini dalam kebimbangan mengenai permintaan AS yang rendah dan risiko lebihan bekalan tetapi penurunan dikekang oleh kebimbangan mengenai krisis geopolitik yang berlaku di Qatar dan Ukraine.

Merujuk portal maklumat China, Carbon Black Industry Network, katanya projek perintis sifar tarif, meliputi 400 tan getah, dijangka mengurangkan kos perdagangan dan meningkatkan kecekapan rantaian bekalan.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 7.5 sen kepada 738.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan satu sen kepada 576.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA