Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka kebanyakannya tinggi pada Selasa.

Pada 9.18 pagi, kontrak September 2025, Oktober 2025 dan Disember 2025 naik satu mata masing-masing kepada 1,569.0, 1,566.0 dan 1,560.0, manakala kontrak Mac 2026 turun 1.5 mata kepada 1,539.5.

Jumlah dagangan sebanyak 562 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,848 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 0.39 mata kepada 1,585.98 selepas 37 minit dagangan daripada 1,585.59 pada penutupan Isnin.

-- BERNAMA