BERITA TERKINI   Menara Merdeka 118 dilancarkan secara rasmi sebagai MD Nexus pertama di Malaysia - Gobind | Kementerian Digital fokus pada enam bidang berimpak untuk percepat transformasi digital pada separuh pertama 2026 - Gobind | Nilai ringgit kukuh kepada paras terbaik hampir 8 tahun pada RM3.92 berbanding dolar AS setakat 28 Jan 2026, kekal antara mata wang terbaik di Asia - Amir Hamzah | Pertumbuhan 2025 dianggarkan 4.9 peratus, perdagangan melebihi 6 peratus dan capai rekod tertinggi RM3 trilion - Amir Hamzah | Defisit 2025 dijangka capai sasaran 3.8 peratus dan turun kepada 3.5 peratus pada 2026 - Amir Hamzah | 

Urusharta Jamaah Beli Saham Solarvest, Muncul Sebagai Pemegang Saham Utama

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Urusharta Jamaah Sdn Bhd, iaitu syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan (MOF), telah memperoleh tiga juta saham biasa Solarvest Holdings Bhd, sekali gus meningkatkan pegangannya kepada 5.08 peratus.

Pengambilalihan saham itu dibuat pada 15 Ogos, menjadikan Urusharta Jamaah sebagai pemegang saham utama dalam syarikat itu, kata Solarvest Holdings dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia di sini hari ini.

Solarvest, yang merupakan pemain tenaga bersih serantau dan beroperasi di lapan negara, telah membangunkan lebih daripada 2,000 megawatt projek solar yang sedang berjalan dan yang telah disiapkan.

-- BERNAMA

 

TAG: Urusharta Jamaah, pemegang saham penting, SPV, pegangan, korporat

 


NBB NBB CYC MFBJ