BERITA TERKINI   Cadangan Bekerja Dari Rumah sektor awam diteliti, mungkin dibincang dalam Kabinet esok - Fahmi | Unit MN Holdings raih kontrak projek pencawang pusat data bernilai RM216 juta di selatan Semenanjung Malaysia | Jumlah rizab LTAT meningkat 29.1 peratus tahun ke tahun kepada RM1.31 bilion berbanding RM1.01 bilion pada tahun kewangan 2024 | LTAT catat RM749.49 juta dalam pendapatan pelaburan bagi tahun kewangan 2025, keuntungan boleh agih berjumlah RM541.56 juta. | LTAT isytihar dividen 5.35 peratus, RM524.74 juta bagi tahun kewangan 2025, tertinggi dalam tempoh lapan tahun | 

TNB Terima Notis Taksiran Tambahan RM609.03 Juta Bagi Tahun Taksiran 2023

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerima notis taksiran tambahan berjumlah RM609.03 juta daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) bagi tahun taksiran 2023.

Syarikat utiliti itu menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata notis tersebut dikeluarkan pada 30 Julai 2025.

“Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai notis serupa yang dikeluarkan kepada TNB untuk tahun taksiran 2018, TNB kini sedang menilai pilihan undang-undangnya yang ada untuk menangani notis taksiran tambahan ini,” kata syarikat itu.

Syarikat itu berkata penilaian tersebut juga mempertimbangkan hakikat bahawa TNB telahpun memohon elaun pelaburan di bawah Jadual 7B Akta Cukai Pendapatan 1967, yang termasuk tuntutan untuk tahun taksiran 2023.

-- BERNAMA