BERITA TERKINI   Pemenang kategori Filem Terbaik FFM34 bakal dapat sokongan Dana Kandungan Kreatif berjumlah RM1 juta - Teo Nie Ching | GSF: Kesemua 23 aktivis Malaysia akan tiba di KLIA 9.45 malam, esok - KP SNCC | Malaysia, Pakistan perlu perkukuhkan lagi kerjasama dua hala dan melaksanakan dasar yang lebih agresif dan progresif - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan pengukuhan dolar Amerika Syarikat yang menyebabkan emas menjadi lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Hal ini sekali gus mengurangkan permintaan dan menekan harga.

Sewaktu penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2025 susut kepada US$3,340.10 setiap auns troy daripada US$3,350.00 pada Jumaat lepas.

Kontrak Ogos 2025 turun kepada US$3,358.30 setiap auns troy daripada US$3,367.40 setiap auns troy manakala kontrak September 2025 merosot kepada US$3,364.20 setiap auns troy daripada US$3,373.30 setiap auns troy.

Kontrak Oktober 2025, Disember 2025 dan Februari 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$3,394.30 setiap auns troy daripada US$3,402.60 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menokok kepada 37 lot berbanding 34 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 70 kontrak daripada 71 kontrak sebelumnya.

Emas fizikal berharga US$3,343.50 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 25 Julai, 2025.

-- BERNAMA