BERITA TERKINI   Rakyat perlu menilai usaha kerajaan berasaskan fakta, bukan ikut sentimen politik - PM Anwar | GRS dan PH setuju bentuk 'electoral pact' pada PRN Sabah Ke-17 - Hajiji | Harga petrol RM1.99 untuk manfaat dan hak rakyat Malaysia, bukan untuk dinikmati warga asing - PM Anwar | PM Anwar umum peruntukan RM10 juta untuk selaras projek, bantuan untuk rakyat susah di Muar, Johor | Kerajaan MADANI terus berusaha turunkan hutang negara, walaupun ambil masa - PM Anwar | 

RM44.83 Juta Dibelanjakan Bagi Projek Pembaikan Jalan Ladang Di Sabah, Sarawak Sehingga Jun 2025

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah membelanjakan RM44.83 juta untuk melaksanakan 131 projek pembaikan jalan ladang di Sabah dan Sarawak dari 2022 hingga 30 Jun 2025.

Menurut KPK, daripada jumlah itu, sebanyak 92 projek pembaikan jalan ladang sepanjang 164.8 kilometer (km) dengan kos RM29.97 juta telah dilaksanakan di Sabah manakala 39 projek pembaikan jalan ladang sepanjang 90 km dengan kos RM14.86 juta dilaksanakan di Sarawak.

“Pelaksanaan projek ini telah memberi manfaat kepada pekebun kecil sawit, getah, koko dan lada di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

Ia menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) berkenaan perancangan kementerian dalam membantu sektor perladangan untuk membaiki jalan ladang di Sabah dan Sarawak

Dalam pada itu, katanya kementerian telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Ekonomi di bawah inisiatif projek khusus bagi memastikan lebih banyak projek pembaikan jalan ladang dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMk13).

“Kementerian sentiasa prihatin terhadap keluhan pekebun kecil sektor agrikomoditi di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak yang berdepan kesukaran mengeluarkan hasil tanaman apabila jalan ladang yang digunakan mengalami kerosakan,” katanya. 

-- BERNAMA