BERITA TERKINI   Pemenang kategori Filem Terbaik FFM34 bakal dapat sokongan Dana Kandungan Kreatif berjumlah RM1 juta - Teo Nie Ching | GSF: Kesemua 23 aktivis Malaysia akan tiba di KLIA 9.45 malam, esok - KP SNCC | Malaysia, Pakistan perlu perkukuhkan lagi kerjasama dua hala dan melaksanakan dasar yang lebih agresif dan progresif - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Dengan Prestasi Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka dengan prestasi bercampur-campur pada Khamis.

Pada 9.18 pagi, Julai 2025 susut 0.5 mata kepada 1,533.5, manakala Ogos 2025 dan Disember 2025 masing-masing naik 0.5 mata kepada 1,531.0 dan 1,514.0.

September 2025 pula tidak berubah pada 1,512.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 795 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 36,421 kontrak.

Pada 9.39 pagi, FBM KLCI naik 1.68 mata kepada 1,531.47 daripada 1,529.79 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA