BERITA TERKINI   Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 21 tuduhan pengubahan wang haramĀ - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan keempat guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan ketiga guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan kedua guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas pertuduhan pertama menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan - Mahkamah Tinggi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) --Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, kontrak Julai 2025 turun 5.5 mata kepada 1,519.5, Ogos 2025 susut 6.0 mata kepada 1,516.0, September 2025 berkurangan 6.5 mata kepada 1,497.5 dan Disember 2025 jatuh empat mata kepada 1,501.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4,006 lot daripada 3,393 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 38,450 kontrak daripada 38,075 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.19 mata kepada 1,519.40 daripada 1,524.59 pada Isnin.

-- BERNAMA