Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki sentimen berhati-hati, seiring dengan kenaikan dalam pasaran tunai.
Pada 9.25 pagi, kontrak Julai 2025 meningkat 3.0 mata kepada1,550.50, Ogos 2025 menambah 2.0 mata kepada 1,547.50, September 2025 naik 4.0 mata kepaa 1,530.50, bagaimanapun Disember 2025 merosot 3.5 mata kepada 1,525.50.
Jumlah dagangan sebanyak 2,376 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,819 kontrak.
Kadar asas FBM KLCI turun 6.41 mata kepada 1,543.80 selepas 25 minit dagangan daripada 1,550.21 pada Rabu lepas.
-- BERNAMA