BERITA TERKINI   Agong titah JBPM tingkat tahap kesiapsiagaan berikutan cuaca panas yang berpotensi cetus peningkatan kes kebakaran | Fenomena cuaca panas: Agong titah KPM ambil perhatian serius, pastikan kesihatan murid tidak terjejas | Fenomena cuaca panas: Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga, kurangkan aktiviti luar | 

Gas Malaysia Sambung Semula Operasi Bekalan Gas Sepenuhnya Selepas Tamat Sekatan

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd menyambung semula operasi bekalan gas sepenuhnya berikutan penamatan sekatan susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata pihaknya menerima pengesahan rasmi daripada pembekal gasnya pada Selasa berhubung penamatan sekatan itu di stesen Batu Tiga City Gate dan Shah Alam.

Gas Malaysia berkata operasi bekalan gas disambung semula mengikut kuantiti yang ditetapkan dalam perjanjian bekalan gas masing-masing dengan pelanggan.

Sebelum ini, kumpulan itu melaporkan berlaku gangguan dalam bekalan gas selepas insiden Putra Heights yang membawa kepada sekatan dan langkah berjaga-jaga di beberapa stesen bagi memastikan keselamatan serta integriti sistem.

-- BERNAMA