BERITA TERKINI   Kalendar Akademik 2026 kembali ke bulan Januari - KPM | Perkongsian Strategik Komprehensif yang dibentuk di Sidang Kemuncak ASEAN-New Zealand menandakan lembaran baharu bagi masa depan bersama - PM New Zealand Christopher Luxon | Kerjasama 50 tahun New Zealand dengan ASEAN berkembang kukuh, dengan hubungan baik dalam pendidikan, budaya, perniagaan dan pertahanan - PM New Zealand Christopher Luxon | Sidang Kemuncak ASEAN menjadi lokasi pertemuan penting dunia yang memperkukuh imej Malaysia - Gabenor BNM | New Zealand dan ASEAN rai perkongsian 50 tahun, lakar hala tuju kerjasama masa depan - PM NZ  | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, sejajar dengan petunjuk bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dalam persekitaran ringgit yang tinggi berbanding dolar AS, kata peniaga. 

Beliau berkata sentimen pasaran turut terjejas oleh unjuran ekonomi yang lembap berikutan aktiviti pembuatan global yang lemah dan ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat (AS).

“Dilaporkan aktiviti perkilangan di kebanyakan negara Asia merosot pada Jun berikutan ketidaktentuan tarif AS menyebabkan permintaan kekal rendah,” katanya.

Beliau berkata penurunan seterusnya dikekang oleh kebimbangan mengenai kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca buruk di negara pengeluar utama Thailand.

“Agensi meteorologi Thailand telah memberi amaran tentang hujan lebat dari 30 Jun hingga 6 Julai,” katanya. 

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 3.0 sen kepada 703.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 2.0 sen kepada 582.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA