BERITA TERKINI   Liga Super: KL City 0-4 JDT | Dividen operasi Felcra bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan 15 peratus, dibayar awal tahun depan - TPM Ahmad Zahid | Sukan SEA 2025: Malaysia raih pingat emas acara Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) wanita | Rombakan Kabinet: Kerajaan mahu beri peluang kepada pemimpin muda untuk memimpin - PM Anwar | Tumpuan saya tahun depan adalah untuk meneruskan reformasi negara dan menyelesaikan masalah penduduk - PM Anwar | 

Mesyuarat JKKTN Setuju Tubuh Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) hari ini bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius (JTKS) bagi mengukuhkan kredibiliti pengurusan fiskal negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata penubuhan JTKS tersebut adalah susulan Mesyuarat JKKTN yang dipengerusikannya hari ini.

“Perhatian serius diberikan terhadap penemuan audit berkaitan ketakteraturan kewangan yang berpotensi menjejaskan kredibiliti pengurusan fiskal negara.

“Sehubungan itu, dan selari dengan pengukuhan peranan Jabatan Audit Negara melalui pindaan kepada Akta Audit 1957, mesyuarat bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius,” katanya menerusi hantaran di platform X. 

Anwar berkata penubuhan JTKS itu bertujuan memastikan tindakan susulan yang lebih holistik, bersasar dan berimpak tinggi dapat dilaksanakan, selaras dengan prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan integriti.

-- BERNAMA