BERITA TERKINI   JPJ harus tingkat keupayaan profesionalisme, ketegasan penguatkuasaan undang-undang jalan raya - PM Anwar | Kerajaan pertimbang turunkan cukai jalan kenderaan diesel bagi kurangkan beban rakyat - PM Anwar | Latihan Komuniti MADANI akan diubah kepada format simulasi bagi tingkat keberkesanan penyampaian maklumat - Fahmi | Majlis Kemuncak HAWANA 2026 akan diadakan pada 20 Jun di PICCA Butterworth - Fahmi | Sambutan HAWANA 2026 di Pulau Pinang pada Jun ini dijangka himpun kira-kira 1,000 pengamal media - Fahmi | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai.

Kontrak April 2026 menyusut 3.0 mata kepada 1,714.50, Mei 2026 merosot 2.5 mata kepada 1,716.50, Jun 2026 berkurang 2.0 mata kepada 1,716.00 dan September 2026 turun 1.5 mata kepada 1,695.00.

Jumlah dagangan meningkat kepada 12,359 lot daripada 11,523 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 45,733 kontrak daripada 44,801 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI menyusut 1.36 mata atau 0.08 peratus, kepada 1,720.34 daripada 1,721.70 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA