BERITA TERKINI   Liga Super: Kelantan TRW 0-6 Selangor | 

Niaga Hadapan Emas Akhiri Minggu Ini Lebih Rendah, Menjejaki Prestasi COMEX AS

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) --Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran penurunannya pada Jumaat dan mengakhiri dagangan minggu ini dengan lebih rendah seiring dengan pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Harga minyak yang melonjak turut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peniaga.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2026 turun kepada US$4,697.70 setiap auns troy daripada US$4,716.50 pada Khamis manakala kontrak Mei 2026 merosot kepada US$4,720.20 setiap auns troy daripada US$4,739.00 semalam.

Kontrak Jun, Julai, dan Ogos 2026 juga ditutup lebih rendah pada US$4,735.70 setiap auns troy daripada US$4,754.50 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 20 lot daripada enam lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 74 kontrak daripada 58 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,719.15 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 23 April, 2026.

-- BERNAMA