BERITA TERKINI   Komuniti MADANI perlu berada di hadapan untuk benar-benar memahami keresahan rakyat dan melakukan intervensi - Fahmi | Krisis Bekalan Global: Sebarang dasar dilaksana secara berhati-hati, bersasar dan bersifat sementara - Akmal Nasrullah | Ketua Menteri Tamil Nadu, Vijay, melahirkan komitmen untuk memupuk kerjasama yang lebih erat, memperkukuh ikatan persahabatan dengan Malaysia | Orang ramai digalakkan muat turun aplikasi RTM Klik untuk menonton Piala Dunia FIFA 2026 secara percuma - Fahmi | Papan Pemuka Pemantauan Krisis Bekalan Global dijangka boleh diakses orang awam bermula 15 Mei ini - Akmal Nasrullah | 

Synergy ESCO Lancar ESG Light Pertama Di Dunia

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Synergy ESCO, yang merupakan anak syarikat Malaysia kepada Unity Group Holdings International Ltd (Unity) yang disenaraikan di Hong Kong telah melancarkan set ESG Light pertama di dunia.

ESG Light ini merupakan satu kejayaan dalam kecekapan tenaga memandangkan ia hanya menggunakan tenaga 4.5 watt dengan jangka hayat selama 180,000 jam, selain mampu menjimatkan tenaga sehingga 89 peratus.

"ESG Light diperkenalkan ke dalam pertanian digital melalui inisiatif penyelidikan antara Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Kemampanan Unity-UPM serta Shine Plus Sdn Bhd," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unity Group dan Synergy hari ini.

Shine Plus memiliki kepakaran dalam pertanian digital ESG dan memperkasakan komuniti untuk mengamalkan amalan hidup yang lebih mampan. 

"Melalui perkongsian ini, teknologi tersebut akan digunakan dalam pertanian digital pintar Shine Plus bagi mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 70 peratus, meningkatkan hasil tanaman sebanyak 10 kali dan menyokong pematuhan ESG, membolehkan usaha menjejaki karbon dalam sistem makanan," katanya.

Jangka hayat serta kecekapan tenaga ESG Light menjadikannya sebagai alat yang berharga di pasaran karbon, membantu perniagaan dan pemaju meminumkan pelepasan termasuk mendapatkan kredit karbon melalui pengurangan pelepasan yang dapat disahkan.

-- BERNAMA