BERITA TERKINI    Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - PM Anwar | Setiausaha Negara AS dan Menteri Luar China adakan pertemuan di luar AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Forum Serantau ASEAN lebih kukuh diperlukan untuk respons pantas terhadap krisis kemanusiaan - Mohamad Hasan | ARF perlu tangani cabaran utama ASEAN termasuk ketegangan maritim, ancaman siber dan perubahan iklim - Mohamad Hasan | Amir Hamzah dan Johari jalankan tugas sementara sehingga menteri baharu dilantik - PM Anwar | Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - PM Anwar | Setiausaha Negara AS dan Menteri Luar China adakan pertemuan di luar AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Forum Serantau ASEAN lebih kukuh diperlukan untuk respons pantas terhadap krisis kemanusiaan - Mohamad Hasan | ARF perlu tangani cabaran utama ASEAN termasuk ketegangan maritim, ancaman siber dan perubahan iklim - Mohamad Hasan | Amir Hamzah dan Johari jalankan tugas sementara sehingga menteri baharu dilantik - PM Anwar |

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat menjelang rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta didorong kenaikan harga minyak mentah, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran juga dirangsang oleh prospek ekonomi yang positif di China dan harapan terhadap keredaan ketegangan perdagangan AS-China.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dikekang oleh prestasi bercampur-campur daripada pasaran niaga  hadapan getah serantau dan pasaran buruh AS yang kukuh,” katanya.

Peniaga berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat untuk sesi ketujuh berturut-turut pada Jumaat dan berada di landasan untuk mencatatkan kenaikan mingguan susulan menjelang rundingan perdagangan itu.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Getah Mutu Malaysia (GMM) 20 naik 6.5 sen kepada 756.0 sen sekilogram manakala susu getah pukal menokok 4.5 sen kepada 604.50 sen sekilogram.

Pasaran getah Kuala Lumpur akan ditutup pada Isnin, 12 Mei, 2025 sempena cuti umum Hari Wesak dan akan beroperasi semula pada Selasa 13 Mei.

-- BERNAMA