BERITA TERKINI   MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi menang gangsa bagi Kategori Dokumenteri Radio Terbaik | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Nurliayana Farhah rangkul emas kategori Laporan Radio Terbaik | MPI: Wartawan Bernama TV Shahrul Aini, Wan Syahrina menang Perak bagi kategori Bicarawara Video Terbaik | Bernama rangkul Perak bagi katergori Kewartawanan ESG terbaik pada Malam Wartawan Malaysia 2025 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas | Jurugambar Bernama Mohd Syafiq @ Ridzuan Ambak menang perak kategori Kewartawanan Foto Terbaik pada Malam Wartawan Malaysia 2025 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas. | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak.

Peniaga berkata harga minyak meningkat lebih daripada US$1 setong pada Selasa, namun melantun semula atas faktor teknikal dan belian semasa harga rendah selepas Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) meningkatkan pengeluaran menyebabkan harga turun pada sesi sebelumnya, walaupun kebimbangan mengenai prospek lebihan minyak berterusan. 

Kenaikan seterusnya dihadkan oleh ketidaktentuan tarif Amerika Syarikat (AS) dan perang perdagangan berterusan antara China-AS.

Beliau berkata sektor perkhidmatan AS mencatatkan pertumbuhan pada April dengan indeks pengurus pembelian (PMI) bukan pembuatan meningkat kepada 51.6 bulan lepas daripada 50.8 pada Mac.

Katanya, indeks pengurus pembelian perkhidmatan China Caixin/S&P Global susut kepada 50.7 daripada 51.9 pada Mac, iaitu bacaan terendah sejak September.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 naik 14.0 sen kepada 743 sen sekilogram manakala lateks pukal merosot 3.0 sen kepada 601.50 sen sekilogram. 

-- BERNAMA