BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan, Lamag: pusat pengundian awal ditutup pada 5 petang ini - SPR | Terbitan bon korporat Malaysia diunjurkan sebanyak RM130 bilion–RM140 bilion pada 2026, melebihi purata sejarah RM122 bilion -- RAM Ratings | PRK Kinabatangan: Sebanyak 89.42 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | PRK Lamag: Sebanyak 89.89 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 3 petang - SPR | Maybank memperuntukkan RM10 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk memodenkan dan memantapkan teknologinya - Presiden Kumpulan Khairussaleh Ramli | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Di Tengah-tengah Pertikaian Tarif Antara AS, China

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini di tengah-tengah permintaan lemah terhadap logam berharga itu, berikutan perselisihan tarif yang berlanjutan antara Amerika Syarikat (AS) dan China terus menjejaskan sentimen.

Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kepada Bernama, walaupun terdapat ketegangan perdagangan, penurunan dalam pertikaian tarif telah melemahkan permintaan terhadap jongkong emas sebagai aset selamat.

Ketika ditutup hari ini, kontrak semerta bulan April 2025 susut kepada US$3,284.30 setiap auns troy daripada US$3,316.90 semalam, manakala Mei 2025 merosot kepada US$3,293.30 setiap auns troy berbanding US$3,325.90 sebelumnya.

Kontrak Jun 2025, Julai 2025 dan Ogos 2025 turun kepada US$3,311.10 setiap auns troy daripada US$3,343.70 pada Selasa.

Jumlah dagangan menyusut kepada 53 lot daripada 64 lot semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 90 kontrak daripada 37 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 29 April, harga emas fizikal berada pada US$3,305.05 setiap auns troy.

-- BERNAMA