BERITA TERKINI   Sukan SEA 2025: Pemain snuker negara Thor Chuan Leong menang pingat emas acara 6-Red perseorangan lelaki | Sukan SEA 2025: Atlet lontar peluru wanita negara Nani Sahirah Maryata cipta kejutan rangkul emas, pecah rekod kebangsaan dengan catatan 16.36 meter | Ringgit ditutup dengan terus melonjak, mencecah 4.09 berbanding dolar AS - paras paling kukuh dalam tempoh empat tahun dan tujuh bulan | MCMC peruntuk dana RM310 juta bangunkan infrastruktur kesalinghubungan inisiatif Bandar Pintar Negeri Melaka - Fahmi  | Belanjawan Sabah 2026: Penjawat awam negeri terima Bantuan Khas Kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000 - Masidi | 

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada sesi awal dagangan pada Rabu walaupun mata wang Amerika Syarikat (AS) mengekalkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat berikutan kenaikan 0.23 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 99.237 mata.

Pada 8.05 pagi, ringgit meningkat kepada 4.3190/3330 berbanding dolar US daripada 4.3245/3300 pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata nampaknya terdapat sedikit harapan bahawa ekonomi AS dapat mendepani cabaran tarif dengan lebih baik.

"Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin meningkatkan usahanya untuk mengelak kemelesetan dengan menurunkan kadar faedah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata beberapa aktiviti pengambilan untung boleh berlaku berikutan peningkatan nilai ringgit baru-baru ini.

“Sehubungan itu, kadar pertukaran dolar USD/MYR dijangka antara RM4.32 hingga RM4.34 hari ini,” katanya.

Awal dagangan hari ini, ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0373/0473 daripada 3.0301/0341 ketika ditutup semalam dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.7931/8119 daripada 5.7927/8000 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia melonjak berbanding euro kepada 4.9202/9362 daripada 4.9217/9280.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.3025/3137 daripada 3.3027/3074 pada penutupan Selasa dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9033/9587 daripada 12.9399/9629.

Ringgit juga menambah berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.72 daripada 7.70/7.72 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 257.6/258.6 daripada 257.9/258.4 sebelum itu.

-- BERNAMA