BERITA TERKINI   Mahkamah Tinggi menjatuhi Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hukuman penjara berjumlah 15 tahun dan denda RM11.4 bilion bagi empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.3 bilion berkaitan 1MDB | Terengganu kembali dilanda banjir, tiga PPS dibuka petang ini - APM Terengganu | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 21 tuduhan pengubahan wang haramĀ - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan keempat guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | 

Malaysia Pantau Tarif AS, Pastikan Industri Semikonduktor Kekal Berdaya Saing -- Anwar

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Malaysia terus memantau perkembangan terkini berkenaan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) meskipun industri semikonduktor tidak terjejas secara langsung dengan situasi tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri semikonduktor negara terus berdaya saing.

“Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) pada hari ini membincangkan pembiayaan Strategi Semikonduktor Nasional dan ini penting untuk menangani jurang pembiayaan syarikat tempatan berdasarkan rantaian nilai semikonduktor dan projek integrasi mendatar industri berteknologi tinggi selaras dengan dasar Pelan Induk Perindustrian Baharun (NIMP) 2030 dan Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS)” katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Anwar yang mempengerusikan MPN buat kali kedua pada tahun ini telah mempertimbangkan beberapa laporan kemas kini melibatkan dasar penting berkaitan pelaburan negara.

Beliau berkata agenda reformasi ekonomi negara perlu diteruskan termasuk reformasi industri  melibatkan Pembangunan Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) yang turut dibincangkan hari ini.

-- BERNAMA