BERITA TERKINI   Bernama rangkul Perak bagi katergori Kewartawanan ESG terbaik pada Malam Wartawan Malaysia 2025 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas | Jurugambar Bernama Mohd Syafiq @ Ridzuan Ambak menang perak kategori Kewartawanan Foto Terbaik pada Malam Wartawan Malaysia 2025 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas. | Jurugambar Bernama Mohd Safwan Mansor menang emas untuk kategori foto esei terbaik pada Malam Wartawan Malaysia 2025 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas | MPI: Wartawan Harian Metro menang Hadiah Kajai | Wartawan moden mesti berpegang teguh pada kebenaran dan tanggungjawab sosial - Dr Zambry Abd Kadir | 

Operasi Bursa Malaysia, Anak Syarikat Tutup Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada Isnin dan Selasa (31 Mac dan 1 April) depan bersempena cuti umum Aidilfitri, tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja.

Dalam kenyataannya hari ini, pengendali bursa saham itu berkata kedua-dua pasaran sekuriti dan derivatif akan beroperasi semula pada Rabu (2 April) jika Aidilfitri pada 31 Mac dan 1 April.

Menurutnya, jika hari pertama Aidilfitri sebaliknya jatuh pada 1 April (Selasa) dan hari kedua pada 2 April, 2025, Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan ditutup pada 1-2 April (Selasa dan Rabu) dan beroperasi semula pada 3 April (Khamis).

"Kedua-dua pasaran sekuriti dan derivatif akan beroperasi dalam waktu dagangan biasa pada 31 Mac (Isnin). 

“Bagaimanapun, tiada sesi Dagangan Malam T+1 untuk pasaran derivatif pada tarikh itu," katanya.

Pasaran utama Bursa Gold Dinar dan Bursa Suq Al-Sila' akan kekal dibuka untuk dagangan ketika cuti umum itu, kata Bursa Malaysia.

-- BERNAMA