BERITA TERKINI   Bernama dipilih semula sebagai Ahli Lembaga Eksekutif OANA pada Perhimpunan Agung Ke-19nya di St. Petersburg | MPI: Bernama menang Perak dan Gangsa bagi Kategori Lintas Langsung Berita Radio Terbaik | MPI: Bernama Radio menang emas, perak dan gangsa bagi kategori Bicarawara Radio Terbaik. | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Ahmad Irfan Che Mohd Ruzaidi menang gangsa bagi Kategori Dokumenteri Radio Terbaik | MPI: Wartawan Penyiaran Radio Bernama Nurliayana Farhah rangkul emas kategori Laporan Radio Terbaik | 

Jumlah Jualan Kenderaan Susut 40 Peratus Kepada 48,875 Unit Pada January 2025 - MAA

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Jumlah volum industri (TIV) pada Januari 2025 menyusut sebanyak 40 peratus kepada 48,372 unit berbanding 81,735 unit pada Disember 2024, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Tahun ke tahun, TIV menurun sebanyak 27 peratus daripada 66,923 unit yang direkodkan pada Januari 2024.

“Penurunan TIV berikutan bulan kerja yang singkat (19 hari bekerja) disumbangkan oleh cuti Tahun Baharu China dan pembelian awal pada Disember 2024,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MAA berkata sebanyak 56,899 kenderaan dikeluarkan pada Januari tahun ini, merosot 26 peratus daripada Januari tahun lepas.

Kenderaan penumpang sebanyak 53,794 unit, manakala kenderaan komersial pula 3,105 unit.

Mengenai prospek Februari 2025, persatuan itu menjangkakan TIV akan bertambah baik berbanding Januari 2025, didorong oleh pembelian bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri akan datang dan langkah akhir yang diambil oleh syarikat menjelang penutupan tahun kewangan pada 31 Mac.

-- BERNAMA