BERITA TERKINI   Polis belum terima laporan dakwaan Victor Chin berkaitan Ahli Parlimen minta bayaran RM10 juta bagi bantu selesai isu manipulasi korporat - Bukit Aman | Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April | Capital A sedang teroka potensi dwipenyenaraian di Hong Kong pada suku ketiga 2026, dan teruskan rancangan untuk senaraikan AirAsia NEXT di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun - Tony Fernandes | Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | Op Viking: Ahli perniagaan Victor Chin antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram - Polis | 

Platform Bersepadu One Credit Dilancarkan, Urus Risiko Dan Taja Jamin Kredit

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Firma teknologi kewangan (fintech) dan data risikan, One Strategy Group Sdn Bhd melancarkan One Credit -- platform bersepadu khusus bagi pengurusan risiko, kenali pelanggan anda (KYC) dan penajajaminan kredit.

One Credit yang dipacu oleh kecerdasan buatan (AI), bermatlamat sebagai hab data yang dipacu teknologi yang membolehkan bank serta perniagaan menaja jamin pinjaman serta kredit dengan lebih yakin selain membantu individu dalam memahami kedudukan kewangan masing-masing.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Liew Tian Rong berkata platform itu juga komited untuk membangunkan masa depan teknologi kewangan untuk semua.

“Sebagai biro kredit terbaharu di Malaysia, kami menyediakan laporan kredit individu dan perniagaan yang membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pengguna individu serta institusi perbankan dalam aspek mengurus risiko selain mencapai matlamat kewangan mereka.

“Selain itu, One Credit turut menumpukan aspek data, risikan dan teknologi dengan membangunkan teknologi terbaik serta menyepadukannya ke dalam persekitaran harian, aliran kerja dan proses,” katanya ketika melakukan pembentangan pada majlis pelancaran platform berkenaan di sini, hari ini.

Pelancaran OneCredit itu telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan majlis itu turut dihadiri oleh kalangan pemimpin institusi kewangan, rakan korporat serta penggiat ekosistem fintech Malaysia.

Menurut One Credit, platform berkenaan memberi sokongan dari segi membuat keputusan bermaklumat bagi kredit dan risiko menerusi analisis unjuran serta mekanisme pintar.

"One Credit dibangunkan berpandukan tadbir urus data yang ketat, pematuhan penuh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia serta piawaian keselamatan tinggi bagi memastikan setiap maklumat yang kami sediakan adalah selamat, bertanggungjawab serta diyakini,” katanya.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata OneCredit memanfaatkan AI untuk menyediakan pandangan kredit bersepadu, menilai kelayakan kredit sesebuah syarikat serta membantu PKS mengambil bahagian secara lebih berkesan dalam ekonomi.

Pada masa sama, katanya, ini juga dapat memaparkan transformasi digital yang disasarkan untuk manfaat negara.

-- BERNAMA