BERITA TERKINI   BN tidak pernah goyah, tetap rakan setia dalam Kerajaan Perpaduan - TPM Ahmad Zahid | BN sedia laksana penjenamaan semula berikutan kekangan peruntukan perlembagaan gabungan - TPM Ahmad Zahid | Penting bagi Kemboja, Thailand berpegang kepada semangat dialog, kebijaksanaan bagi redakan ketegangan kedua-dua negara - Anwar | Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN diadakan susulan persetujuan yang dicapai PM Malaysia, Kemboja dan Thailand pada 11 Dis - Wisma Putra | Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bakal anjur Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN mengenai situasi terkini antara Kemboja dan Thailand di Kuala Lumpur pada 22 Dis - Wisma Putra | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, dipacu oleh peningkatan harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan harga minyak mentah yang kukuh, kata seorang penganalisis.

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata pelaksanaan mandat biodiesel B40 Indonesia akan datang dan permintaan bermusim bulan Ramadan turut mencetuskan momentum pembelian seterusnya mendorong MSM ke paras tertinggi dalam dua bulan.

“Selain itu, transaksi pasaran tunai yang kukuh turut menyokong momentum pembelian,” katanya kepada Bernama.

Peniaga minyak sawit David Ng turut menyokong kenyataan itu dan berkata MSM melonjak melebihi RM4,600 hari ini, disokong oleh kenaikan harga minyak soya, dengan paras sokongan dikesan pada RM4,550 satu tan dan paras rintangan pada RM4,750 satu tan.

Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2025 naik RM154 kepada RM4,848 satu tan, April 2025 melonjak RM171 kepada RM4,757 satu tan dan Mei 2025 menokok RM168 kepada RM4,672 satu tan.

Kontrak Jun 2025 menokok RM152 kepada RM4,564 satu tan, manakala Julai 2025 melonjak RM138 kepada RM4,463 satu tan dan Ogos 2025 mengukuh RM131 kepada RM4,394 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 112,708 lot daripada 78,378 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 242,406 kontrak daripada  237,913 kontrak sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan naik RM160 kepada RM4,880 satu tan.

-- BERNAMA