BERITA TERKINI    Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus |

RichTech Digital Capai Premium 200 Peratus Menerusi IPO, Raih RM13.67 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- RichTech Digital Bhd (RichTech) berjaya mencapai premium 200 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham, meningkat kepada 75 sen dan memperoleh RM13.67 juta pada hari dagangan pertamanya di Pasaran ACE pada Isnin.

Sebanyak 10.73 juta saham diniagakan sebaik sahaja dagangan dibuka.

Ditubuhkan pada 2010, RichTech menyediakan perkhidmatan pembayaran bil dan tambah nilai elektronik menerusi platform SRS miliknya.

Ia menawarkan masa siaran mudah alih, data, TV digital, kredit permainan, pembayaran bil utiliti, perkhidmatan pascabayar dan pinjaman pendidikan serta memberi perkhidmatan kepada lebih empat juta pengguna di seluruh negara.

Dalam kenyataan hari ini, RichTech berkata ia akan memperuntukkan RM4.50 juta daripada hasil IPO bagi pemasaran dan mengembangkan data pangkalan pengguna portal dan aplikasi SRS.

Manakala RM3 juta akan digunakan untuk pembelian pejabat baharu sekali gus menyatukan ibu pejabat dan cawangannya bagi pentadbiran korporat yang lebih baik.

“Sementara itu, baki RM3 juta akan digunakan sebagai modal kerja bagi menyokong peningkatan volum transaksi digital dan pengembangan platform, dan RM3.17 juta bagi anggaran perbelanjaan penyenaraian,” katanya.

Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebas Wong Koon Wai berkata penyenaraian di Pasaran ACE adalah peristiwa penting bagi RichTech ketika memulakan langkah ke fasa pertumbuhan seterusnya.

“Kami amat teruja dengan peluang yang senang menanti dan kekal fokus untuk memacu inovasi, mengembangkaan kehadiran kami di dalam pasaran dan mencipta nilai mampan bagi pihak berkepentingan kami,” katanya.

Pada 10.50 pagi, saham RichTech meningkat sembilan sen kepada 34 sen dengan 176.53 juta saham bertukar tangan.

-- BERNAMA