BERITA TERKINI   Konflik Timur Tengah: 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar menerusi sistem e-Konsular setakat 7 Mac - Wisma Putra | Liga Super: Negeri Sembilan FC 3-3 Penang FC | Liga Super: Kuala Lumpur City FC 2-1 Melaka FC | Konflik Timur Tengah: 24,568 rakyat Malaysia telah berdaftar untuk dibawa pulang menerusi sistem e-Konsular setakat 7 Mac - Wisma Putra | Liga Super: Kuching City FC 2-0 Sabah FC | 

MAS Sambung Semula Operasi Penerbangan Ke Jeddah Dan Madinah Bermula 8 Mac

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- AMAL, unit haji dan umrah Malaysia Airlines akan menyambung semula operasi seperti biasa ke Jeddah (JED) dan Madinah (MED) berkuat kuasa 8 Mac 2026, selepas tempoh perkhidmatan terhad akibat penutupan ruang udara serantau.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkhidmatan ke Doha (DOH) akan kekal digantung sehingga 13 Mac, 2026 bagi menilai situasi keselamatan.

Penumpang bagaimanapun dinasihatkan mengemas kini butiran hubungan masing-masing melalui “My Booking” untuk menerima maklumat terkini dengan segera.

Bantuan juga disediakan melalui sokongan Live Chat di laman sesawang atau menghubungi Pusat Perhubungan Global Malaysia Airlines di 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar Malaysia).

Malaysia Airlines berkata pihaknya terus memantau perkembangan dengan teliti dan akan mengambil semua langkah perlu bagi memastikan operasi yang selamat dan boleh dipercayai.

Syarikat itu berkata keselamatan penumpang dan kru kekal sebagai keutamaan pihaknya.

-- BERNAMA