BERITA TERKINI   Pertumbuhan Malaysia dijangka sederhana kepada kira-kira 4.5 peratus pada 2026 - Ahli Ekonomi Standard Chartered Bank Jonathan Koh | Ringgit dijangka diniagakan pada 4.00-4.20 berbanding dolar AS tahun ini dalam persekitaran dolar yang lebih kukuh - Standard Chartered Bank | PRK Lamag: Sebanyak 78.19 peratus keluar mengundi bagi undi awal setakat 12 tengah hari - SPR | PRK Kinabatangan: Sebanyak 83.07 peratus selesai mengundi awal setakat 12 tengah hari - SPR | Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 daripada 1.4 peratus pada November 2025 - DoSM | 

Pasaran Getah KL Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, disokong oleh kebimbangan berterusan terhadap kekurangan bekalan getah asli ketika musim sejuk semakin menghampiri, di tengah-tengah isyarat bercampur-campur daripada pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak berikutan peningkatan simpanan stok minyak mentah di Amerika Syarikat, selain kebimbangan mengenai tarif yang menjejaskan sentimen.

“Dilaporkan bahawa pengeluaran getah di beberapa kawasan di Asia Tenggara akan menghentikan penuaian menjelang peralihan musim sejuk bermula Februari hingga Mei 2025,” katanya kepada Bernama.

Katanya, niaga hadapan getah Jepun mencatatkan penurunan hari ini, berikutan permintaan terhadap kenderaan yang lemah di China.

Pada 4.55 petang, harga minyak mentah Brent menyusut 0.81 peratus kepada US$76.28 setong.

Lembaga Getah Malaysia melaporkan pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) melonjak 14.5 sen kepada 897.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal menaik satu sen kepada 688.5 sen sekilogram. 

-- BERNAMA