BERITA TERKINI   Pengeluar minyak sawit, peniaga, penggubal dasar dan pengguna akhir perlu bekerjasama menangani turun naik pasaran, perkembangan kawal selia dan perubahan corak permintaan - Noraini | Penstrukturan semula kepentingan MAHB menjana hasil, pergerakan penumpang naik 11.2 peratus tahun ke tahun kepada 104.4 juta, disokong 15 syarikat penerbangan baharu memulakan perkhidmatan dan operasi ke Malaysia | Portfolio pelaburan Khazanah meningkat kepada RM95 bilion pada akhir 2025 daripada RM81 bilion pada 2018, disokong prestasi kukuh ekuiti domestik dan global - MD | Bagi 2026, Khazanah akan memperkukuh daya tahan portfolio melalui kecairan dan pengurusan risiko berhemat, selain giat mengoptimumkan kepelbagaian - MD | Pada 2025, jumlah aset Khazanah naik RM5 bilion kepada RM156 bilion, mencerminkan pertumbuhan portfolio yang kukuh dalam tempoh jangka panjang - MD | 

Niaga Hadapan MSM Meneruskan Keuntungan Berikutan Unjuran Output Yang Lemah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih tinggi pada Khamis untuk hari kedua berturut -turut selepas didorong oleh jangkaan output yang lebih lemah. 

Peniaga minyak sawit David Ng menjelaskan pengukuhan harga turut disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih baik semasa waktu perdagangan Asia. “Kami menjangkakan harga (komoditi) untuk meraih sokongan pada paras RM4,350 dan rintangan pada RM4,480,” katanya kepada Bernama.

Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group dari Mumbai, Anilkumar Bagani turut melahirkan pandangan yang sama dengan berkata keadaan cuaca buruk di Malaysia dan Indonesia telah menjejaskan pengeluaran serta pengangkutan minyak sawit. Beliau juga menyatakan import minyak sawit India agak rendah dalam tempoh satu dekad pada Januari, meningkatkan jangkaan pembelian yang diperbaharui bagi menokok inventorinya sebelum kedatangan bulan Ramadan.

Pada penutup, kontrak Februari 2025 meningkat sebanyak RM65 kepada RM4,678 satu tan, Mac 2025 naik RM69 kepada RM4,508 dan April 2025 bertambah sebanyak RM69 kepada RM4,403.

Mei 2025 pula menyaksikan kenaikan berjumlah RM64 kepada RM4,314 satu tan, Jun 2025 untung RM57 kepada RM4,237 dan Julai 2025 melonjak RM50 kepada RM4,179.

Jumlah dagangan adalah lebih mantap kepada 80,473 lot berbanding 74,758 lot yang direkodkan semalam, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 223,563 kontrak daripada 221,110 sebelum ini. 

 Harga MSM fizikal untuk Februari Selatan meningkat sebanyak RM70 kepada RM4,730 satu tan.

-- BERNAMA