BERITA TERKINI   Kelantan perketat saringan kesihatan di tiga pintu sempadan susulan risiko virus Nipah - Pengarah Kesihatan | Ops Tiris bongkar skala ketirisan subsidi, rampasan hampir RM179 juta sejak 2024 hingga Januari 2026 - KP Penguat Kuasa KPDN | Seorang lagi ahli geng ‘Captain Praba’ diekstradisi dari Thailand semalam, 15 lagi sedang diburu - Ketua Polis Negara | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.28 pagi, bulan kontrak baharu Februari 2025 merosot 9.5 mata kepada 1,557.0, Mac 2025 berkurangan 8.50 mata kepada 1,539.5 dan Jun 2025 susut 9.5 mata kepada 1,549.0.

September 2025 tidak berubah pada 1,549.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,297 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,975 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 4.72 mata kepada 1,552.20 daripada 1,556.92 pada Jumaat lepas selepas 48 minit dagangan.  

-- BERNAMA