BERITA TERKINI   ADUN Merlimau Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh umum letak jawatan Exco Kerajaan negeri Melaka berkuat kuasa minggu depan | Gabungan pelaksanaan pantas, reformasi mendalam tentukan keupayaan perkhidmatan awam kekal relevan, diyakini - KSN | Pemukiman Jemaah Menteri 2026 tegaskan mandat kepimpinan negara yang mahu pelaksanaan pantas, konsisten - KSN | Tema “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi” dipilih sebagai kerangka hala tuju, tindakan perkhidmatan awam tahun ini - KSN | KSN gariskan empat Misi Pelaksanaan Pantas 2026 realisasikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini dalam dagangan lemah, seiring aliran sedikit positif di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX)

Kontrak semerta Januari 2025 meningkat kepada US$2,791.50 setiap auns troy daripada US$2,745.70 ketika ditutup pada Selasa, dan Februari 2025 tidak berubah pada US$2,754.10 setiap auns troy.

Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 juga tidak berubah pada US$2,762.60 setiap auns troy seperti sebelumnya.

Jumlah dagangan pula sifar daripada 17 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 25 kontrak daripada 43 lot sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 30 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,787.25 setiap auns troy.

-- BERNAMA