BERITA TERKINI   Pulau Pinang tetapkan kadar zakat fitrah tahun ini kepada tiga kategori, RM10, RM15 dan RM25 - YDP Majlis Agama Islam Negeri | Syarikat perlu menguruskan risiko mata wang secara giat melalui strategi lindung nilai dan perniagaan yang sesuai - Johari Ghani | SPRM akan siasat mana-mana kes jika terdapat petunjuk baharu, walaupun diklasifikasikan tiada kes sebelum ini - Azam Baki | Penggunaan kamera badan oleh anggota penguatkuasa PBT di Wilayah Persekutuan dilaksanakan secara berfasa bermula suku keempat tahun ini - Hannah | Kerja SPRM adalah kembalikan wang rakyat yang diseleweng, MOF tentukan bagaimana wang tersebut disalurkan semula - Azam Baki | 

Keuntungan Bersih DXN Meningkat Kepada RM92.78 Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih DXN Holdings Bhd meningkat kepada RM92.78 juta pada suku ketiga berakhir 30 November, 2024 daripada keuntungan bersih RM78.36 juta yang dicatatkan pada suku ketiga 2024.

Hasil juga meningkat kepada RM486.09 juta daripada RM450.29 juta sebelumnya, kebanyakannya dipacu oleh pertumbuhan di Amerika Latin dan Timur Tengah, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) kumpulan ini naik sebanyak 17.5 peratus daripada RM134.5 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024 kepada RM158.0 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2025.

"Margin EBITDA melonjak sebanyak 8.7 peratus, meningkat daripada 29.9 peratus pada suku ketiga tahun kewangan 2024 kepada 32.5 peratus pada suku ketiga tahun kewangan 2025 disebabkan oleh perbelanjaan operasi yang lebih rendah pada suku semasa," katanya.

Bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan yang berakhir pada 28 Februari, 2025, keuntungan bersih kumpulan itu menokok kepada RM244.31 juta berbanding keuntungan bersih RM231.98 juta untuk tempoh yang sama bagi tahun kewangan 2024 manakala pendapatan melonjak kepada RM1.45 bilion daripada RM1.33 bilion sebelum ini.

Kumpulan itu optimis mengenai prospeknya untuk tahun kewangan 2025, didorong oleh tumpuan strategik untuk memasuki pasaran baharu, mengekalkan momentum pertumbuhan, melancarkan produk inovatif, mengoptimumkan kecekapan pengeluaran dan mengekalkan daya tahan dalam persekitaran ketidaktentuan global.

Lembaga pengarah DXN Holdings juga telah mengisytiharkan dividen interim ketiga sebanyak 1.0 sen sesaham biasa, pembayaran berjumlah RM49.72 juta untuk tahun kewangan 2025 berakhir 28 Februari, 2025 yang akan dibayar pada 7 Mac, 2025 kepada pemegang saham yang namanya tercatat dalam rekod pendeposit syarikat pada 18 Januari, 2025.

-- BERNAMA