BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Terengganu FC 5-0 UM-Damansara United | Piala Malaysia: Selangor FC 3-0 Kelantan The Real Warriors    | TPM Ahmad Zahid mahu karya Malaysia, khususnya buku dan hasil seni tembusi pasaran Indonesia | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.40 pagi, Januari 2025 merosot 5.5 mata kepada 1,565,5, Februari 2025 berkurangan 7.0 mata kepada 1,567.5, Mac 2025 susut 7.5 mata kepada 1,549.0 dan Jun 2025 turun 9.5 mata kepada 1,555.5.

Jumlah dagangan sebanyak 20,815 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 56,975 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 7.89 mata kepada 1,569.31 selepas satu jam dagangan daripada 1,577.20 semalam.

-- BERNAMA