BERITA TERKINI   Ketua jabatan dibenar pertimbang permohonan bekerja dari rumah bagi pegawai terkesan kesesakan trafik semasa Sidang Kemuncak ASEAN - JPA | Pavilion Malaysia di Expo 2025 Osaka menerima jumlah pengunjung yang mencatat rekod sebanyak 3.51 juta, jauh melebihi sasaran 1.5 juta orang - Ketua Setiausaha MITI | Kepimpinan di semua peringkat mesti dengar, bertindak atas keperluan rakyat - PM Anwar | Belanjawan 2026: Rakyat nikmati banyak manfaat tanpa kenaikan cukai hasil tatakelola baik, pengurangan ketirisan - PM Anwar | PM Anwar ucap tahniah kepada badan penguatkuasa, cegah ketirisan, selamatkan RM15.5 bilion sejak 2023 | 

Kontrak Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis, susulan laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah daripada jangkaan.

Data itu menimbulkan jangkaan dalam kalangan pelabur mengenai kemungkinan pengurangan kadar faedah. 

Kontrak semerta Januari 2025 meningkat kepada US$2,708.90 setiap auns troy daripada US$2,692.30 setiap auns troy pada Rabu, manakala Februari 2025 menokok kepada US$2,717.40 setiap auns troy daripada US$2,701.50 setiap auns troy semalam.

Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 masing-masing ditutup tinggi pada US$2,725.50 setiap auns troy daripada US$2,710.20 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menokok kepada 57 lot daripada 47 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 86 kontrak daripada 69 kontrak.

Mengikut penetapan petang Persatuan Pasaran Jongkong London pada 15 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,677.70 setiap auns troy.

-- BERNAMA