BERITA TERKINI   Syarikat berpangkalan di Singapura telah melabur lebih S$5.5 bilion ke Johor sejak pemeteraian MoU JS-SEZ -- TPM Singapura Gan | Kerajaan menimbang meningkatkan Dana Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura bagi membantu lebih banyak PKS mendapat peluang perniagaan rentas sempadan – Tengku Zafrul | Semua projek pembuatan bagi industri tidak sensitif dalam sektor ekonomi yang dikenal pasti di JS-SEZ akan diberikan kelulusan pantas untuk Lesen Pengilangan (ML) dalam tempoh 7 hari bekerja - Tengku Zafrul | Tambahan RM200 juta yang diperuntukkan kepada CoSIF di bawah Belanjawan 2026 membolehkan pelaburan bersama dalam projek berimpak tinggi oleh PKS Malaysia di JS-SEZ - Tengku Zafrul | Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan pastikan kes pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam disiasat secara telus dan adil - Fadhlina  | 

Bekas CEO Tabung Haji Nik Hasyudeen Yusoff Dilantik Ahli Lembaga Pengarah SC

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bekas Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji, Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 15 Jan, 2025.

Dilantik oleh Menteri Kewangan, Lembaga Pengarah SC bertanggungjawab untuk memantau keseluruhan tadbir urus SC dan mempunyai pengawasan terhadap mandat kawal selia dan pembangunannya, kata SC dalam kenyataan hari ini.

Pengerusi SC Datuk Mohammad Faiz Azmi mengalu-alukan pelantikan Nik Hasyudeen, sambil menyatakan pengalaman lebih 30 tahun beliau dalam industri, kawal selia dan di peringkat antarabangsa akan membantu mengukuhkan Lembaga Pengarah SC dalam melaksanakan dua mandatnya.

Nik Hasyudeen kini menganggotai Lembaga Pengarah Program Felo Perdana, Petron Malaysia Refining & Marketing Berhad dan Bank Islam Malaysia Berhad.

Sebelum ini, beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif SC yang bertanggungjawab dalam Penyeliaan Pasaran dan Korporat dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Pemantauan Audit.

-- BERNAMA