BERITA TERKINI   Penerbitan bon lestari dijangka meningkat susulan pertumbuhan pesat pusat data – Moody’s Ratings | Peralihan MyBorderPass dan MyDigitalID kepada sistem MyNIISe akan diperluas secara berperingkat di pintu masuk negara bermula tahun ini - Saifuddin Nasution | Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi 2027 dilaksana secara dalam talian bermula 15 Feb hingga 31 Mac - KP Pendidikan | Pimpinan tinggi agensi penguatkuasaan diberi tempoh seminggu nyata kesediaan pikul amanah atau tukar ke jawatan lain - PM Anwar | PM Anwar beri amaran keras kepada pihak berkuasa, kesal masih wujud kelemahan tatakelola dalam negara | 

Pasaran Getah Tempatan Ditutup Tinggi Seiring Pasaran Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup tinggi hari ini seiring dengan aliran meningkat di pasaran niaga hadapan getah serantau susulan jangkaan data ekonomi China yang bertambah baik disokong oleh pakej rangsangan tambahan, kata seorang peniaga. 

Beliau berkata pasaran juga mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak mentah dan gangguan bekalan getah asli disebabkan keadaan cuaca buruk di Thailand dan Malaysia.

“Bagaimanapun, kenaikan seterusnya dihadkan oleh kekukuhan ringgit berbanding dolar AS dan dagangan lengang berikutan musim cuti akhir tahun ditambah dengan konflik geopolitik yang berlanjutan di Timur Tengah,” katanya kepada Bernama. 

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 14 sen kepada 890.5 sen sekilogram manakala lateks pukal susut 1.5 sen kepada 694.5 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga SMR 20 berada pada 889 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 697 sen sekilogram.

Sementara itu LGM berkata pasaran getah tempatan akan ditutup selama dua hari dari 31 Dis 2024 hingga 1 Jan, 2025,bersempena dengan sambutan Tahun Baharu. 

Operasi pasaran akan disambung semula pada 2 Jan, Khamis, 2025.

-- BERNAMA