BERITA TERKINI   RM254 juta diperuntukkan bagi program pembangunan koperasi tahun ini, tertinggi sejak penubuhan gerakan koperasi pada 1922 - Steven Sim. | Ladang Solar KLIA dijangka kurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 35,000 tan setahun - Fadillah | Inisiatif Ladang Solar KLIA sokong sasaran Malaysia capai 70 peratus penggunaan tenaga boleh baharu menjelang 2050 - Fadillah | Pelancaran Ladang Solar dan sistem penstoran tenaga (BESS) sokong operasi KLIA sebagai infrastruktur pengangkutan kritikal negara - TPM Fadillah | Dua PPS tempatkan mangsa kebakaran tanah gambut di Jalan Sungai Kapal, Taman Bayu Damai, Pengerang ditutup hari ini - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kota Tinggi | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Dijangka Kekal Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Minggu ini, bank pusat itu memasuki pasaran setiap hari dengan menawarkan tender repo berbalik, repo berbalik semalaman dan dan repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional susut nilai kepada RM28.00 bilion pada Jumaat daripada RM33.32 bilion pada akhir minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, lebihan mudah tunai berkurang kepada RM22.20 bilion daripada RM24.70 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 26 Dis, 2024.

-- BERNAMA