BERITA TERKINI   Misi bawa 30 kontena bantuan kemanusiaan bakal beri manfaat kepada kira-kira 100,000 penduduk Palestin - MB Selangor | Misi bantuan kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 libatkan hampir 3,000 peserta dari kira-kira 100 negara - MB Selangor | Weststar Aviation Services menyasar untuk menambah jumlah pesawat kepada 60 daripada 32 dalam tempoh dua tahun | Kos operasi Weststar Group kekal tidak terjejas dengan harga minyak dan gas semasa kerana perbelanjaan bahan api dianggap pelepasan kos mengikut kontrak | Pelaksanaan SKDS fleet card untuk sektor pengangkutan darat barangan akan diperluas di Sabah, Sarawak dan Labuan - TPM Fadillah | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Seiring Prestasi COMEX

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki prestasi pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Pada penutup urus niaga, kontrak bulan semasa April 2026 meningkat kepada US$4,742.80 setiap auns troy daripada US$4,589.7 setiap auns troy semalam manakala kontrak Mei 2026 naik kepada US$4,762.10 setiap auns troy daripada US$4,609.0 setiap auns troy sebelum ini.

Selain itu, kontrak Jun, Julai dan Ogos 2026 masing-masing juga ditutup tinggi pada US$4,782.40 setiap auns troy daripada US$4,642.9 setiap auns troy.

Jumlah dagangan susut kepada 10 lot daripada 22 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 55 kontrak daripada 46 kontrak.

Emas fizikal ditetapkan pada US$4,608.35 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 31 Mac, 2026. 

-- BERNAMA