BERITA TERKINI   Mulai Oktober 2025, pendaftaran ahli bagi pekerja bukan warganegara Malaysia yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara dan Pas Penggajian akan dilaksanakan secara automatik - KWSP | Dasar kerajaan tegas tidak benarkan minuman keras dihidang dalam acara rasmi - PM Anwar | Jemaah Menteri dan seluruh jentera kerajaan diingatkan agar tidak cuai berhubung isu minuman keras dalam acara kerajaan - PM Anwar | PM Anwar beri amaran keras terhadap MOTAC dan Tiong King Sing berhubung isu arak | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.45 pagi, kontrak November 2024 meningkat 6.0 mata kepada 1,608.0, Disember 2024 naik 5.5 mata kepada 1,611.5, Mac 2025 menambah 1.5 mata kepada 1,598.0 dan Jun 2025 menokok 4.5 mata kepada 1,608.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,341 lot, dengan kepentingan terbuka berjumlah 34,776 kontrak.

Sementara itu, petunjuk pasaran FBM KLCI menokok 3.68 mata kepada 1,607.72 pada 9.49 pagi daripada 1,604.04 semasa ditutup semalam.

-- BERNAMA