1hari ago
GEORGE TOWN, 16 Jun (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia berkembang kepada RM3.1 trilion pada 2025, merangkumi RM1.6 trilion dalam eksport dan RM1.5 trilion import, dengan Pulau Pinang terus menerajui prestasi eksport negara, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1hari ago
PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) -- Sektor pelancongan domestik Malaysia merekodkan pertumbuhan yang memberangsangkan pada 2025 dengan jumlah perbelanjaan pelawat domestik meningkat 13.6 peratus kepada RM121.3 bilion berbanding RM106.7 bilion pada 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
5hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan unjuran harga minyak sawit mentah (MSM) bagi tahun penuh 2026 sebanyak empat peratus kepada RM4,400 setan daripada RM4,250 setan sebelum ini dengan mengambil kira fenomena El Niño.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Liftech Group Bhd menyasarkan untuk meraih RM23 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) sempena cadangan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 30 Jun, 2026.
11hari ago
KOTA KINABALU, 5 Jun (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah akan membawa Pelan Hala Tuju lima tahun Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) negeri itu ke mesyuarat Jemaah Menteri bagi mendapatkan sokongan.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Encorp Bhd yang dilantik sebagai kontraktor utama bagi mereka bentuk dan membina perumahan kakitangan agensi itu.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- ConocoPhillips Sabah Gas Ltd yang juga pengendali Medan Gas Kebabangan (KBB) di luar pesisir Sabah, membuat Keputusan Pelaburan Muktamad (FID) pada 21 Mei, 2026 bagi pembangunan Fasa 2 medan gas itu.
14hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Jun (Bernama) -- Konsep kopitiam Malaysia berpotensi muncul sebagai identiti yang boleh dieksport bagi memperkukuh penjenamaan pelancongan, keusahawanan makanan dan pengaruh budaya di luar negara, menurut veteran kulinari Cef Rossham Rosli.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- ENERtec Asia 2026 menjalin kerjasama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab serantau untuk pelaburan tenaga bersih, teknologi tenaga boleh baharu (TBB) dan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks bagi Mei 2026 tidak diaktifkan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM2.48 bilion untuk suku pertama berakhir pada 31 Mac, 2026 berbanding RM2.58 bilion tahun lepas, disokong oleh margin faedah bersih (NIM) lebih baik, pengurusan kos dan kualiti aset berdisiplin dan yuran teras lebih tinggi.
21hari ago
BANGKOK, 26 Mei (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan potensi jualan sebanyak RM20 juta untuk syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta koperasi Malaysia yang menyertai pameran THAIFEX-Anuga Asia 2026 di Impact Arena, Muang Thong Thani di sini.