BERITA TERKINI   Artikel 153, Dasar Bumiputera tidak akan diubah dalam rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat - PM Anwar | Industri halal mampu pecah tembok monopoli pelbagai bidang, Bumiputera harus rebut peluang - PM Anwar | MARA bukti bidang tahfiz mampu kekalkan prestasi akademik yang baik - PM Anwar | PM Anwar arah draf pindaan Akta MARA siap dalam masa tiga bulan | Pelaksanaan program Bumiputera di bawah Kerajaan MADANI lebih lantang, tegas dan berani - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Kontrak semerta November 2024 meningkat 1.5 mata kepada 1,610.5 serta Disember 2024, Mac 2025 dan Jun 2025, masing-masing menokok 1.0 mata kepada 1,614.5, 1,602.5 dan 1,611.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,327 lot daripada 5,253 lot semalam manakala kepentingan terbuka menaik kepada 38,153 kontrak daripada 37,877 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 3.07 mata untuk ditutup kepada 1,611.50 daripada 1,608.43 semalam. 

-- BERNAMA