BERITA TERKINI   Liga Super: DPMM FC 2-2 Kuching City FC | Piala Dunia Berbasikal Trek 2026: Mohd Azizulhasni Awang rangkul emas acara keirin lelaki | Liga Super: PDRM FC 0-5 Imigresen FC | Agenda transformasi digital negara mesti beri manfaat kepada majoriti rakyat, bukan tumpu segelintir golongan - PM Anwar | Pelantikan Abdul Halim sebagai KP SPRM bagi tempoh dua tahun - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.22 pagi, kontrak November 2024 naik 1.5 mata kepada 1,623.00, Disember 2024 menambah 0.5 mata kepada 1,626.00, Mac 2025 meningkat 4.0 mata kepada 1,617.00 dan Jun 2025 naik 4.5 mata kepada 1,625.50.

Jumlah dagangan sebanyak 869 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 33,989 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI naik 2.16 mata kepada 1,623.40 selepas 43 minit dagangan.

-- BERNAMA