BERITA TERKINI   Syarikat berpangkalan di Singapura telah melabur lebih S$5.5 bilion ke Johor sejak pemeteraian MoU JS-SEZ -- TPM Singapura Gan | Kerajaan menimbang meningkatkan Dana Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura bagi membantu lebih banyak PKS mendapat peluang perniagaan rentas sempadan – Tengku Zafrul | Semua projek pembuatan bagi industri tidak sensitif dalam sektor ekonomi yang dikenal pasti di JS-SEZ akan diberikan kelulusan pantas untuk Lesen Pengilangan (ML) dalam tempoh 7 hari bekerja - Tengku Zafrul | Tambahan RM200 juta yang diperuntukkan kepada CoSIF di bawah Belanjawan 2026 membolehkan pelaburan bersama dalam projek berimpak tinggi oleh PKS Malaysia di JS-SEZ - Tengku Zafrul | Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan pastikan kes pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam disiasat secara telus dan adil - Fadhlina  | 

Permintaan Penumpang Global Naik 7.1 Peratus Pada September - IATA

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang global yang mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 7.1 peratus tahun ke tahun pada September 2024 berbanding tahun lepas, iaitu paras tertinggi sepanjang masa, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Dalam kenyataan hari ini, katanya jumlah kapasiti berdasarkan tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK) menokok 5.8 peratus tahun ke tahun.

“Faktor muatan pada September adalah 83.6 peratus tahun ke tahun, menokok 1.0 mata peratusan berbanding September 2023,” menurut IATA.

Pada asas tahun ke tahun, permintaan antarabangsa meningkat 9.2 peratus, kapasiti naik 9.1 peratus dan faktor muatan menambah 0.1 mata peratusan kepada 83.8 peratus.

“Permintaan domestik meningkat 3.7 peratus tahun ke tahun, kapasiti naik 0.7 peratus dan faktor muatan adalah 83.3 peratus (+2.4 mata peratusan berbanding September 2023),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah IATA Willie Walsh berkata musim perjalanan waktu puncak tahun ini berakhir dengan permintaan pada paras tertinggi sepanjang masa, yang menjadi "berita baik" bukan sahaja untuk penumpang, malah kepada ekonomi global.

"Setiap penerbangan mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan perdagangan," katanya.

Dalam kenyataan berasingan, menurutnya permintaan kargo udara global, yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer (CTK) mengukuh 9.4 peratus pada September 2024 tahun ke tahun, pertumbuhan bulan ke-14 berturut-turut.

Selain itu, kapasiti, diukur dalam CTK tersedia (ACTK), naik 6.4 peratus berbanding setahun lepas.

Menurut kenyataan itu, ini sebahagian besarnya berkaitan pertumbuhan kapasiti ruang kargo antarabangsa, yang meningkat 10.3 peratus, melanjutkan trend pertumbuhan kapasiti tahunan dua angka kepada 41 bulan berturut-turut.

Bagi trend jangka panjang, dunia kargo udara akan menjejaki keputusan pilihan raya AS sebagai petunjuk bagaimana dasar perdagangan AS akan berkembang.

-- BERNAMA