BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 0-5 Imigresen FC | Agenda transformasi digital negara mesti beri manfaat kepada majoriti rakyat, bukan tumpu segelintir golongan - PM Anwar | Pelantikan Abdul Halim sebagai KP SPRM bagi tempoh dua tahun - PM Anwar | Abdul Halim sesuai mengetuai SPRM kerana latar belakang kehakiman bukan daripada bidang perniagaan atau politik - PM Anwar | Piala Uber: Malaysia 1 Turkiye 0: K. Letshanaa kalahkan Neslihan Arin 21-16, 13-21, 21-13 | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Kontrak bulan semerta Oktober 2024 susut 10.5 mata kepada 1,604.5, November 2024 turun 15.0 mata kepada 1,603.5, manakala Disember 2024 dan Mac 2025 berkurangan 15.5 mata masing-masing kepada 1,622.0 dan 1,595.

Jumlah dagangan merosot kepada 13,356 lot daripada 30,138 lot, manakala kepentingan terbuka turun kepada 55,705 kontrak daripada 76,939 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 13.20 mata atau 0.82 peratus kepada 1,601.88 daripada paras penutup 1,615.08 pada Selasa.        

-- BERNAMA