BERITA TERKINI   TH umum agihan keuntungan 3.50 peratus, tertinggi dalam tempoh lapan tahun - Zulkifli | Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya batalkan saman pemula P. Waytha Moorthy cabar pelantikan beliau sebagai PM | Sunway Healthcare Holdings Bhd mula disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada RM1.70, premium 25 sen daripada harga IPO RM1.45, dengan 38.37 juta saham diniagakan | 

Kadar Antara Bank Jangka Pendek Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Kecairan dalam sistem konvensional meningkat kepada RM35.73 bilion berbanding RM34.41 bilion yang dicatatkan pada sebelah pagi manakala lebih tunai dalam dana Islam berkurangan kepada RM20.81 bilion daripada RM21 bilion sebelum ini.

Sebelumnya, bank pusat itu menjalankan tiga tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan bercagar komoditi murabahah bertempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM35.70 bilion dan tender pasaran wang murabahah berjumlah RM20.80 bilion, kedua-duanya untuk tempoh matang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 25 Okt.

-- BERNAMA