BERITA TERKINI   Pengukuhan ringgit simbol keyakinan dunia terhadap kestabilan dan masa depan ekonomi Malaysia - Muhammad Kamil | Pengukuhan ringgit berterusan hasil kekuatan asas ekonomi negara dan keyakinan pelabur - Muhammad Kamil | Kes tikam 61 kali : Punca kematian penuntut kolej19 tahun akibat tikaman berganda di bahagian dada - Ketua Polis Kelantan | Kes tikam 61 kali: Empat individu ditahan bantu siasatan di Ketereh malam tadi - Ketua Polis Kelantan | 

Pengecualian Duti Setem 100 Peratus Surat Cara Perjanjian, Pembiayaan PMKS - MoF

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan pelabur melalui platform Initial Exchange Offering (IEO) yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi tempoh dua tahun.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi lampiran yang dikeluarkan seiring dengan pembentangan Belanjawan 2025 hari ini berkata pengecualian itu bagi membantu meluaskan akses PMKS kepada pembiayaan alternatif dalam meningkatkan modal perniagaan. 

"Tarikh kuat kuasa bagi surat cara perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan mulai 1 Januari 2025 hingga 31 Disember 2026," katanya. 

Ketika ini, pinjaman atau pembiayaan melalui platform IEO merupakan kaedah alternatif yang membolehkan PMKS, terutamanya usahawan baharu meningkatkan modal perniagaan.

"Perjanjian pinjaman atau pembiayaan yang disempurnakan oleh PMKS dan pelabur melalui platform IEO dikenakan duti setem pada kadar di antara 0.05 peratus hingga 0.5 peratus di bawah Butiran 27, Jadual Pertama, Akta Setem 1949," menurut MoF. 

-- BERNAMA