BERITA TERKINI   UMNO pertimbang usul cadang penggantungan keahlian Hishammuddin Hussein ditarik balik - Khaled Nordin | Majlis Media Malaysia platfrom terbaik uruskan isu etika kewartawanan - Fahmi | Jadual tarif elektrik baharu yang progresif bukti reformasi besar negara terhadap kecekapan tenaga, kurangkan kos pengguna - Fahmi | Lantikan Nurul Izzah, Saifuddin Nasution sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR beri kelebihan parti itu berdepan pilihan raya akan datang - Fahmi | 

Kerajaan Cadang Naikkan Nilai Ambang Kenaan Levi Keuntungan Luar Biasa Buah Sawit - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang menaikkan nilai ambang kenaan levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit bagi Semenanjung Malaysia kepada RM3,150 manakala RM3,650 bagi Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata struktur julat harga pasaran dan kadar duti eksport minyak sawit mentah pula disemak semula mulai 1 Nov 2024.

“Layanan semasa bagi eksport minyak sawit mentah dari Sabah dan Sarawak juga akan dikekalkan,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata insentif galakan kepada pekebun kecil menanam semula sawit juga diteruskan bagi menggantikan sawit tua yang tidak lagi produktif dengan peruntukan RM100 juta.

-- BERNAMA